CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

google chrome



Apa browser yang sedang korang gunakan? Internet Explorer? Oh no beb.. tak style la beb kalau guna Internet Explorer lagi.cam kuno jer??haha.Well, nak dibandingkan dengan semua internet browser yang ada dalam dunia ni,addy lebih suke Mozilla Firefox dan addy yakin dengan jitunye browser ini begitu juga dengan mereka yang berfikiran “Professional” mengenai browser.

Tapi smalam masa kat umah, bukak la Google. Terperasan plak ada satu note kecik yang ada kat situ. Google Chrome? name biskut ke ni?al maklumla pose2 ni.addy pun click.. terkezut!!!Rupenye Google pun dah keluarkan browser mereka sendiri dah. Dan seperti biasa sebagai makhluk tuhan paling sexy yang mahukan segalanya percuma lagi-lagi keluaran dari Google, addy pun download dan install. Dan pagi ini, terus menulis blog menggunakan Google Chrome. Sangat puas hati rasa macam nak tinggalkan Firefox terus. Huhu. Mungkin benda baru la kot.

Tujuan Google mengeluarkan browser mereka sendiri bukan bertujuan untuk bersaing dengan browser yang lain, tapi untuk menyeru mereka semua mengikut jejak langkah bagaimana Google meng’adaptasi idea-idea baru (yang tak pernah kita fikirkan) ke dalam Google Chrome ni. Korang boleh usya karton khas mengenai Google Chrome ni. Apa kelebihan pada browser dari Google ni?.posthidden {display:none}
.postshown {display:inline}


Well, paling penting dalam apa-apa produk pun adalah first impression. First impression addy adalah “WOW” dan seharusnya begitulah kalau dah produk dari Google iye tak? Interface pun cute yang membuatkan paparan website semakin besar. Antara idea yang tak pernah kita fikirkan telah dilakukan dalam Google Chrome adalah, pemecahan proses dalam task manager. contohnye la kan, before pakai Firefox, main tab-tab kan? Bila satu tab buat hal, habis satu Firefox not responding. Nak taknak restart atau tunggu la sampai kucing bertanduk.

Dan di Google Chrome, apa yang addy perasan bila nengok proses kat task manager, diorang gunakan kaedah satu tab untuk satu proses. Which mean, kalau satu tab buat hal, tab tu sahaja yang akan di padamkan. Memang cool gila!!!.. errr.. gila-gila idea Google ni.

Kalau korang nak nengok, apa yang menarik dalam Google Chrome ni, terus saja ke official website diorang. Nengok satu-satu video yang ada tu. Kalau dah rasa memang tak boleh nak pakai browser lain selain Firefox, jangan risau. addy pun macam tu. Tapi Google Chrome ni function sebijik-sebijik macam Firefox. Dan Khai harap, korang ada-adakanlah masa untuk mencuba benda-benda baru. Baru la tak ketinggalan zaman. Lagi-lagi yang masih gunakan Internet Explorer tu. Orang dah sampai bulan, awak baru atas pokok. Kesian.

Apapun, Google Chrome masih dalam proses percubaan (BETA mode) dan hanya available untuk pengguna Windows Vista dan XP aje. Sape pakai Mac, sabar je la yer. Kalau dah cuba, share la pendapat korang yerk..komen me!!!

0 comments: